Hari ini aku maih bercuti, duduk di rumah menulis apa yang aku suka dan layan facebook sesama kawan yang tidak dikenali. Jadi dapat bertukar pendapat, walaupun kadangkala macam terdengar ditelinga apa yang diluahkan, yang cuma ayat-ayat yang komen atau diluahkan dalam chatting, aku tersenyum sendirian dan kadangkala tergelak dalam nada mengerti. Internet sungguh bermakna untuk hidup aku, tanpa sempandan dan yang penting perlu rajin menulis.
Tapi bukan menulis yang betul menaip, tapi kalau hendak nyatakan menaip tak begitu seronok, sebab sudah terbiasa, sedangakan dalam akhbar pun yang dinyatakan hal menulis, walaupun wartawan itu terus menaip. Sebab itu kita tak mahu dalam dunia penulisan dan dunia sastera Melayu, jadi serba salah, kalau buat ayat banyak berkisar yang sama aje.
Belajar dari kesilapan dan rajin menulis dan meluahkan pendapat apa saja, kemudian akan dibetulkan dengan sendirinya. Aku paling tak minat menulis paling ringkas, walaupun faham ayat yang hendak dituliskan itu, biar tulis ayat penuh lagi baik dan lagi bersemangat untuk dibaca dan difahami.
Ingat pada masa akan datang orang Melayu tidak akan menulis ayat penuh dan lengkap, kalau ada pun di media cetak, kalau dalam bahasa Inggeris tak ada pun ayat yang mudah sangat, semuanya ayat penuh dan tersusun. Inilah semangat orang kita hendak yang mudah sangat, jadilah bermasalah untuk akan datang,
Aku tetap menulis ikut cara aku yang aku suka sejak dari dahulu. Biarlah remaja kita melakukan demikian, ingat apa yang mereka tulis ada yang tak faham, pasti ada yang tak faham, kenapa mereka buat bahasa mereka begitu dalam halama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan