Jumaat, 25 Februari 2011

politik dan masyarakat




Sudah lama juga aku layan dan mengenali mereka di halaman internet, macam adik beradik dan faham apa yang mereka mahukan, walaupun sekadar ayat-ayat untuk meluahkan. Rasa seronok menguasai diri, tapi sejak akhir-akhir ini, berapa sebulan ini sudah ada kecelaruan yang amat sangat.


Sukar hendak dinyatakan sebabnya, komen politik lebih banyak dan lebih banyak isu yang sama setiap hari, kumpulan pun banyak yang diadakan, itu yang terlalu payah.


kumpulan popular dalam komen politik terlalu banyak, aku bantu juga komen apa yang aku rasa perlu, ayat yang mudah aku gunakan untuk menghuraikan masalah politik, walaupun bahasa yang aku gunakan terlalu kasar, tapi itu yang mudah, kalau Pakatan hendak marah, itu terpulang pada hak mereka sebagai penyokong, tapi hakikatnya rakyat akan tentukan pilihraya kecil atau PRU 13.


Rakyat lebih tahu dan lebih wawasan akan datang, setakat cakap dan dengar ceramah belum cukup mampu untuk kesedaran dalam Islam, sebab Islam pentingkan tindakan dan lakukan yang terbaik dalam masyarakat.


di negara kita tidak akan berlaku hudud, itu sekadar kempen politik, Pakatan tahu hal itu, negara arab yang bilangan penduduknya 90% ada yang tidak ada laksanakan hukum hudud, walaupun hukum hudud adalah hukum Allah. Begitu juga dengan negara jiran, yang bilangan penduduk teramai di sekitar asia tenggara, termasuk pemimpinya yang beragama Islam, tapi tidak laksanakan hukum Islam hingga kita.


Negara kita terbaik dalam perkembangan Islam, setiap masa ada saja perubahan berlaku, pada semua orang Islam, sama ikut atau tidak. Memang berlaku kemungkaran tapi dan sosial lebih, tapi kuatkuasa dan pihak agama sudah disediakan untuk memberi nasihat yang baik dan berguna.


Masalah masyarakat bukan bererti salahkan pihak kerajaan, walaupun berganti pemimpin, negara kita tetap begini.

1 ulasan: