Khamis, 17 Februari 2011

Cara Membaiki Windows 7



Cara Membaiki 

Sama seperti sistem pengoperasian komputer yang lain, windows 7 juga tidak dapat lari dari menghadapi kemungkinan kerosakan sistem operasi ataupun selalu di sebut OS corrupt. Jika sistem Windows 7 anda tiba-tiba rosak, anda tidak perlu berasa panik lagi kerana kita akan membincangkan bagaimana mengatasi masalah anda.

Langkah 1: Boot Komputer

Power on komputer anda seperti biasa cuma kali ini anda perlu bersedia untuk menekan kekunci "F8" yang berada di bahagian teratas keyboard anda. Papan kekunci "F8" perlu di tekan berulang-ulang kali sebelum windows memaparkan "Starting Windows" screen.

Langkah 2: Menu

Sekiranya anda menekan kekunci "F8" dengan betul, maka screen komputer anda akan seperti di bawah.
Pilih menu teratas iaitu Repair komputer. Anda juga boleh memilih option "Last know good configuration". Manalah tahu komputer anda terus berfungsi dengan baik selepas ini.

Langkah 3: Keyboard Layout

Untuk keyboard layout, kebiasaan pengguna malaysia menggukan US keyboard layout.

Langkah 4: Sekuriti

Masukkan password di bahagian password jika ada. Jika anda tidak pernah meletakkan password sebelum ini, klik butang OK

Langkah 5: Peralatan

Di sini anda akan di beri pilihan untuk membaiki sistem operasi anda.

  1. Startup repair - Pilih menu ini sekiranya anda menghadapi masalah semasa memulakan komputer anda
  2. System Restore - Pilih menu ini sekiranya anda ingin restore komputer anda ke keadaan sebelum berlakunya kerosakan (Windows akan membuat restore point semasa anda mula install perisian baru ataupun semasa anda menginstall hardware baru).
  3. System Image Recovery - Pilih menu ini sekiranya anda ingin restore image yang telah anda buat sebelum ini. Image yang telah di buat boleh di simpan di dalam DVD ataupun media storan yang lain.
  4. Windows Memory Diagnastic - Pilih menu ini sekiranya anda mengesyaki hardware (RAM) anda mempunyai masalah
  5. Command Prompt - Pilih menu ini untuk menggunakan command prompt. Untuk advance user.
P/S: Jika anda mendapati artikel ini menarik untuk di kongsi bersama rakan, klik butang twits (twitter) atau butang share (facebook) yang terletak di sebelah kanan artikel ini.

Last Updated on Thursday, 29 April 2010 16:18 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan