Sabtu, 5 Mac 2011

tergesa-gesa

Buat majlis maulidur rasul memang bagus dan baik, tapi kena bincang awal 3 bulan persiapannya, bukan bincang ikut selera sendiri. Bukan janji buat aje. Kalau edar surat bererti jadi le, macam senang, tak ada masalah, hantar ke rumah, dalam surat edaran nama pun macam tak menghormati nama orang. Ikut suka hati aje, nasib baik tak letak nama gelaran beruk. Hormatlah nama orang, kata orang dihormati. kalau sudah diedarkan pada umum, kan memalukan nama orang yang digelarkan itu. Silap hari bulan boleh bergaduh. 

Itu kalau sudah terlalu pandai, inilah bodoh sombong, sombong tak bertempat. 

Sepatutnya hendak buat sesuatu kena berfikir dan berbincang dengan panjang lebar, termasuk semuanya kos, persiapan, siapa yang hadir, VIP yang mana,  anggaran yang datang, makanan yang perlu dihidangkan, siapa yang beri ceramah, ada tak yang berkaitan dengan politik. Kalau boleh penceramah itu bertauliah, tidak terlipat dalam hal politik, bukan penceramah berpihak mana parti politik. 

Jangan tangkap muat aje, asal ada penceramah aje sudah cukup. jangan sekadar buat syarat. Jangan jadi kelakar, orang lain berucap ganti pengerusi sebenar, orang yang berucap itu memang tak tahu malu, tak tahu peraturan dalam sistem masyarakat. Walaupun pengerusi itu tak pernah berucap di hadapan orang ramai, tapi kena terimalah. Takut malu, lainlah pengerusi sebenar memberi keizinan pada orang lain, tapi pengerusi sebenar ada naib pengerusi. Jangan buat sesuatu tak fikir hak orang, sebab kuasa perlantikan masih lagi berpihak pada pengerusi sebenar. 

Lainlah nak malu besar, lainlah tak jemput VIP seperti YB atau orang tertentu, lain lah, kalau gelaran VIP dari orang taman macam tak sekolah macam tak faham apa itu VIP. 

Tengok aje le, biasanya berlaku dalam taman yang ada gila kuasa, sebab mungkin ada batu api, yang suruh buat aje. 

Rabu, 2 Mac 2011

orang kita




Bukan marah tapi kenyataan. Kadangkala orang kita cukup susah hati kalau dalam taman tak ada aktiviti sepanjang tahun. Sanggup ketepikan Jawatankuasa Penduduk, alasan yang diberikan buang masa bincang hal yang orang tak campur orang.


Yang peliknya dalam berapa tahun duduk dalam taman, tak ada pun pergi ke majlis agama, berjemaah jauh sekali. Kalau ada pun tak ramai, boleh tahu yang mana pergi. Di masjid buat majlis maulidur rasul, tak nampak batang hidung, sibuk sangat ke atau tak ada masa sebab masa 24 jam tak cukup.


Alangkah rugi mereka tak hadir di masjid dalam setahun, cuma solat jumaat itu pun tak hadir juga, sebab terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dalam setahun ada 365 hari, 65 hari dah kira ok, kecuali hari jumaat. Hadir jemaah pun sudah kira ok itu lagi baik dan memuaskan, dalam setahun ada penambahanbaikan. Solat di rumah tak salah pun, tapi untuk tegakkan sunnah perlu juga hadir di masjid dan di surau berhampiran. Dapat mendengar kuliah atau pelajaran agama sepanjang masa, setiap hari ada.


Hendak tunggu hari tua memang tak ada harapan, ramai yang sakit dan ramai yang terus tak solat di masjid. Sebab sakit susah hendak berjalan, bawa kereta boleh pulak. Biarkan mereka di situ, sebab alasan sakit, hendak tegur lebih bijak cakap hal agama dan lebih bijak dari imam di masjid. Hujah fasal agama lebih dari ulama, ingat apa, tapi kalau difikirkan macam sama dengan lawak Poknik, hebat.


Bukan sakit hati, cuma inilah yang berlaku dalam masyarakat kita di mana-mana. 

Jumaat, 25 Februari 2011

politik dan masyarakat




Sudah lama juga aku layan dan mengenali mereka di halaman internet, macam adik beradik dan faham apa yang mereka mahukan, walaupun sekadar ayat-ayat untuk meluahkan. Rasa seronok menguasai diri, tapi sejak akhir-akhir ini, berapa sebulan ini sudah ada kecelaruan yang amat sangat.


Sukar hendak dinyatakan sebabnya, komen politik lebih banyak dan lebih banyak isu yang sama setiap hari, kumpulan pun banyak yang diadakan, itu yang terlalu payah.


kumpulan popular dalam komen politik terlalu banyak, aku bantu juga komen apa yang aku rasa perlu, ayat yang mudah aku gunakan untuk menghuraikan masalah politik, walaupun bahasa yang aku gunakan terlalu kasar, tapi itu yang mudah, kalau Pakatan hendak marah, itu terpulang pada hak mereka sebagai penyokong, tapi hakikatnya rakyat akan tentukan pilihraya kecil atau PRU 13.


Rakyat lebih tahu dan lebih wawasan akan datang, setakat cakap dan dengar ceramah belum cukup mampu untuk kesedaran dalam Islam, sebab Islam pentingkan tindakan dan lakukan yang terbaik dalam masyarakat.


di negara kita tidak akan berlaku hudud, itu sekadar kempen politik, Pakatan tahu hal itu, negara arab yang bilangan penduduknya 90% ada yang tidak ada laksanakan hukum hudud, walaupun hukum hudud adalah hukum Allah. Begitu juga dengan negara jiran, yang bilangan penduduk teramai di sekitar asia tenggara, termasuk pemimpinya yang beragama Islam, tapi tidak laksanakan hukum Islam hingga kita.


Negara kita terbaik dalam perkembangan Islam, setiap masa ada saja perubahan berlaku, pada semua orang Islam, sama ikut atau tidak. Memang berlaku kemungkaran tapi dan sosial lebih, tapi kuatkuasa dan pihak agama sudah disediakan untuk memberi nasihat yang baik dan berguna.


Masalah masyarakat bukan bererti salahkan pihak kerajaan, walaupun berganti pemimpin, negara kita tetap begini.

2 sim

Rabu, 23 Februari 2011

KAMI MEMANG DAH JUTAWAN



Batuk

Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.