Rabu, 2 Mac 2011

orang kita




Bukan marah tapi kenyataan. Kadangkala orang kita cukup susah hati kalau dalam taman tak ada aktiviti sepanjang tahun. Sanggup ketepikan Jawatankuasa Penduduk, alasan yang diberikan buang masa bincang hal yang orang tak campur orang.


Yang peliknya dalam berapa tahun duduk dalam taman, tak ada pun pergi ke majlis agama, berjemaah jauh sekali. Kalau ada pun tak ramai, boleh tahu yang mana pergi. Di masjid buat majlis maulidur rasul, tak nampak batang hidung, sibuk sangat ke atau tak ada masa sebab masa 24 jam tak cukup.


Alangkah rugi mereka tak hadir di masjid dalam setahun, cuma solat jumaat itu pun tak hadir juga, sebab terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dalam setahun ada 365 hari, 65 hari dah kira ok, kecuali hari jumaat. Hadir jemaah pun sudah kira ok itu lagi baik dan memuaskan, dalam setahun ada penambahanbaikan. Solat di rumah tak salah pun, tapi untuk tegakkan sunnah perlu juga hadir di masjid dan di surau berhampiran. Dapat mendengar kuliah atau pelajaran agama sepanjang masa, setiap hari ada.


Hendak tunggu hari tua memang tak ada harapan, ramai yang sakit dan ramai yang terus tak solat di masjid. Sebab sakit susah hendak berjalan, bawa kereta boleh pulak. Biarkan mereka di situ, sebab alasan sakit, hendak tegur lebih bijak cakap hal agama dan lebih bijak dari imam di masjid. Hujah fasal agama lebih dari ulama, ingat apa, tapi kalau difikirkan macam sama dengan lawak Poknik, hebat.


Bukan sakit hati, cuma inilah yang berlaku dalam masyarakat kita di mana-mana. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan